ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu bahawa bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir tidak tahu masalah dihadapi Kerajaan negeri kerana terlalu kerap balik Kuala Lumpur.

Mukhriz telah mendesak supaya Sanusi untuk buktikan bahawa terdapat tuntutan saman bernilai RM1 Billion dari konsesi balak terhadap Kerajaan Negeri Kedah.

“Dalam mesyuarat Exco yang terakhir, dibuat oleh bekas Menteri Besar, saya mengucap terima kasih kerana telah meluluskan dua kawasan tadahan tambahan yang menjadikan kawasan tadahan kita begitu luas.

“Tetapi dalam kawasan tambahan itu ada kawasan yang telah diluluskan untuk pembalakan dan bukanlah satu kawasan hutan dara.

“Kawasan ini dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan sebagai kawasan KSK (Kawasan sudah kerja) lebih 30 tahun dulu pernah dibuat pembalakan di kawasan ini.

“Kemudian berlaku permohonan dan ia diluluskan oleh kerajaan terdahulu, bukan oleh kerajaan dua minggu (Perikatan Nasional).”