KUALA LUMPUR, 1 JUN – Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi pandangan supaya kerajaan menghentikan sementara pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga garis panduan dapat dilakukan.

Beliau berkata lesen premis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap premis yang menjual alkohol perlu diperketatkan lagi susulan kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk semakin meningkat.

“Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baharu menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan. Lesen premis PBT perlu diperketatkan,” katanya menerusi hantaran  di Twitternya pada hari ini.

Sejak kebelakangan ini, beberapa kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk telah semakin meningkat saban hari sehingga ada yang mengakibatkan kematian.