PUTRAJAYA – YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali; Menteri KPPK menghadiri suatu taklimat dan pencerahan berkenaan industri tanaman khususnya buluh dari Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Dalam mesyuarat tersebut, YBhg. Mohd Kheiruddin Bin Mohd Rani, Ketua Pengarah MTIB berkongsi permasalahan dan penyelesaian yang sedang dijalankan. Buluh mempunyai potensi yang sangat baik dan mampu menjana ekonomi negara dan rakyat khususnya.

Pokok buluh adalah pokok mudah ditanam dan dijaga kerana tempoh matang pokok buluh adalah singkat iaitu di antara tiga hingga empat tahun serta boleh dituai selepas tempoh berkenaan.

Pembangunan industri buluh negara dan potensinya untuk dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru dalam sektor agrikomoditi turut telah dibentangkan oleh beliau dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu.

Beliau turut menyatakan perancangan dan penelitian yang tersusun rapi, insyaAllah akan menjadi satu lagi hasil komoditi yang maju dan berdaya saing.