Putrajaya – YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali; Menteri KPPK dan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kewangan mempengerusikan satu Mesyuarat mengenai Rancangan Pemulihan Ekonomi (RESTART) yang diadakan di Kementerian Kewangan.

RESTART adalah salah satu langkah pembukaan semula ekonomi atau penjanaan semula ekonomi negara secara berperingkat bagi memerangi kejatuhan ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang dialami di negara ini.

Sebelum ini, bagi merancakkan ekonomi negara, kerajaan telah mengumumkan geran khas prihatin yang mana lebih 649,000 PKS mikro telah membuat permohonan tersebut mulai 1 Mei sehingga 15 Mei dan pernohonan tersebut kini dalam proses pertimbangan yang mana setiap permohonan yang berjaya akan menerima RM 3,000.00 daripada kerajaaan tanpa membayar semula geran tersebut.

Rancangan Pemulihan Ekonomi (RESTART) yang dibincangkan di Kementerian Kewangan tersebut dipercayai dapat membantu meningkatkan semula ekonomi negara.