Putrajaya – YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mempengerusikan Mesyuarat Industri Minyak Sawit Malaysia bersama MPOC dan pengusaha-pengusaha utama industri sawit negara.

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir kebanyakan negara khususnya di negara ini sejak Mac yang lalu telah memberi impak dan kesan yang besar terhadap ekonomi pengusaha-pengusaha industri sawit.

Kerajaan sangat menitikberatkan serta cakna terhadap perusahaan industri sawit memandangkan sawit adalah penyumbang utama hasil komoditi negara dan Malaysia merupakan antara pengeluar utama minyak sawit dunia. Justeru itu, halatuju industri sawit pasca Covid-19 menjadi isu utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Beliau turut menyatakan dalam mesyuarat tersebut bahawa segala usaha bagi penambahbaikan dan kemajuan industri terus dilaksanakan dari masa ke semasa demi kepentingan rakyat dan negara.