KUALA LUMPUR, 5 JUN – Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Anak Muyang mengumumkan bahawa beliau telah keluar dari parti PKR dan beliau turut memaklumkan bahawa beliau memberi sokongan penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat  setelah berbincang dengan penyokong beliau. Mereka juga turut bersetuju supaya beliau menyokong penuh kerajaan PN demi kebaikan serta pembangunan kawasan Lubok Antu.

“Saya berikrar menyokong penuh kerajaan Perikaan Nasional yang diketuai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia dan kerajaan negeri Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai YAB Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak demi kesejahteraan dan pembangunan kepada rakyat di Lubok Antu,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.