📌 Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi

📌 Kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus

📌 Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini

📌 Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID-19 pulih sepenuhnya

📌 Pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan akan beri fokus kepada enam tahap utama bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi negara

📌 Pakej rangsangan ekonomi kerajaan berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan

📌 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula bekerja pada Jun 2020, berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei lepas

📌 Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berfungsi sebagai langkah segera untuk bangun dan rancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek

📌 Kerajaan perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion

📌 Kerajaan peruntuk RM9 billion yang memberi manfaat kepada 3 juta pekerja bagi tangani pengangguran

📌 Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) tumpu kepada tiga matlamat utama: memperkasakan rakyat, merancakkan perniagaan dan merangsang ekonomi, yang akan membawa kepada landasan pemulihan dan pertumbuhan

📌 Terdapat 40 inisiatif di bawah PENJANA bernilai RM35 bilion untuk percepatkan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan

📌 Program Subsidi Upah bagi bantu majikan dilanjut tiga bulan lagi

📌 Setiap tahanan reman yang bakal dihantar ke penjara akan jalani pemeriksaan saringan COVID-19

📌 Daripada jumlah RM35 bilion PENJANA itu sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal daripada kerajaan

📌 Kerajaan akan laksana program peningkatan kemahiran dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta ICT

📌 Sebanyak RM75 juta diperuntukkan bantu ekonomi GIG

📌 Geran sebanyak RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan untuk platform gig ekonomi bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP

📌 Kerajaan akan beri geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan

📌 Dalam usaha menggalakkan bidang freelancing MDeC akan diberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW)

📌 Kerajaan perkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia

📌 Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia

📌 Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember

📌 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha

📌 MY30 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had diperkenal bagi kurangkan kos pengangkutan harian rakyat mulai 15 Jun hingga akhir 2020

📌 Kerajaan akan bantu setiap peniaga melalui beberapa langkah

📌 Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan

📌 Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS

📌 Bagi mendorong perusahaan mikro dan PKS guna khidmat digital, kerajaan bersama swasta akan biayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta

📌 Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarika

📌 Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang

📌 Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan

📌 Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta

📌 Bagi PKS dan syarikat pertengahan (mid-tier company), kerajaan akan teruskan pemberian geran dan pinjaman kepada syarikat yang layak

📌 Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah

📌 Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah

📌 Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai

📌 Bagi perniagaan melibatkan masalah aliran tunai kerajaan beri insentif cukai pelbagai bentuk

📌 Kerajaan setuju beri pengecualian duti setem kepada PKS bagi aktiviti percantuman dan pemerolehan untuk transaksi 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

📌 Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta

📌 Peruntukan akan diguna untuk sesi latihan, subsidi dan bantuan penjualan yang diterajui MDEC bersama platform e-dagang terpilih

📌 Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

📌 Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020

📌 Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta

📌 RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini

📌 Galakan ini diberikan sekiranya syarikat luar negara memindahkan lokasi dan memulakan operasi dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelulusan dan amaun pelaburan mesti dibuat dalam tempoh 3 tahun

📌 Penangguhan bayaran anggaran cukai syarikat industri pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020

📌 Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk jana semula industri kreatif negara sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan