BANGI, 7 JUN – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu menyoal tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membeku permohonan baharu lesen minuman keras menimbulkan tanda tanya.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainudin berkata, DAP dan MCA mempunyai agenda yang sama iaitu melindungi pengusaha arak.

“YB Ronnie Liu membantah DBKL membekukan pengeluaran lesen baru penjualan arak.

“Jelas kelihatan DAP dan MCA bersepakat dalam agenda yang menguntungkan pihak kapitalis,” dakwanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ronnie mengatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ‘tiada guna’, PAS ‘gila’ dan UMNO ‘lagi gila’ selepas DBKL membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras.

Beliau mendakwa, pembekuan itu sebagai tidak berperlembagaan dan mendesak DBKL segera menariknya kembali..

Selain itu, beliau ada menyebut DAP akan mengambil tindakan perlu selepas berunding dengan pasukan perundangan mereka.