SEBERANG TAKIR, 7 JUN – Sebanyak 80 keluarga di sekitar Kg. Telaga Daing dan Taman Perumahan Telaga Daing hari ini menerima berita baik berbentuk bantuan menerusi Majlis Agihan Barangan Keperluan Dapur Covid-19.

YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali bersama Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (ADUN Seberang Takir) pada pagi ini mengagihkan bantuan keperluan harian tersebut di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Seberang Takir.

Selain itu, YB Dato’ Dr. Khairuddin turut berpeluang melawat Pertubuhan Kesihatan Rehabilitasi & Hemodialisis Kuala Nerus yang terletak di belakang Pejabat Dun Seberang Takir.