ULU TIRAM, 8 JUN – Kunjungan kebajikan terhadap tiga keluarga asnaf di Kampung Nam Heng, Ulu Tiram, Johor Bahru hari ini telah dijalankan oleh Persuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Dollah bersama Lajnah Kebajikan PAS Negeri Johor.

Sumbangan berbentuk wang tunai serta beberapa keperluan harian diedarkan kepada warga asnaf tersebut. Mereka sangat berterima kasih terhadap Ustaz Dollah dan ahli rombongan atas kunjungan kebajikan ini dan berharap hubungan silaturrahim melalui kunjungan ini dapat dieratkan.

InsyaAllah, komitmen keperihatinan dan kebajikan masyarakat di Johor ini akan terus istiqomah dilaksanakan oleh beliau kata Pesuruhjaya PAS Johor, Ust Abdullah Hussin. Bersama beliau juga turut serta Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri Johor, Saudara Abdul Aziz Abdullah serta beberapa orang Ahli Jawatankuasanya.