Johor Bahru, 11 Jun – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, YB Tn. Hj. Tosrin Jarvanthi pada pagi ini menerima Kunjungan Rasmi Pesuruhjaya PAS Johor, Ust. Abdullah Husin.

Selain mengeratkan ukhuwah antara PAS Negeri dengan Exco Agama Negeri, Kunjungan Hormat ini juga bertujuan membincangkan isu semasa, hala tuju serta inisiatif kearah merealisasikan agenda memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lebih holistik demi rakyat dan negara.

Turut hadir bersama, Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Johor, Ustaz Azlisham, Timb. Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor, Ust. Khirulmuntanazar, Pengarah Piliharaya PAS Johor, Dr. Karim serta Pen. Setiausaha Badan perhubungan PAS Negeri Johor, Zaini Hussein.

Semenjak awal Mac lalu, Kerajaan PN menerajui pentadbiran negara dengan menggalas tanggungjawab yang sangat besar di saat negara dilanda krisis penularan pandemik Covid-19. Namun begitu, selain berjaya mengambil hati rakyat, kerajaan PN juga telah berjaya menghadapi krisis dengan cemerlang sehingga mendapat perhatian dunia.