TEPOH, 13 Jun – YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menyerahkan sumbangan topeng muka dan cecair pencuci tangan kepada Ust Ridhuan Abd Karim; Pengarah PASTI DUN Tepoh untuk diedarkan kepada seluruh Pasti DUN Tepoh.

Penyerahan yang berlangsung di Pasti Al-Mustaqim, Kg. Wakaf Mesira turut disaksikan guru-guru serta kakitangan.

Selain sumbangan yang diberikan kepada warga PASTI DUN Tepoh, Dato. Dr. Khairuddin turut berkesempatan menziarahi beberapa keluarga serta beramah mesra dengan penduduk di sekitar Kg. Raja Tepoh. Turut hadir sama YB Ust Hishamuddin Abd Karim (Adun Tepoh) dalam ziarah mahabbah tersebut.

Bersama-sama dalam ziarah kali ini Pengerusi MPKK Kg Raja Tepoh dan Penghulu Mukim Tepoh.

Ziarah mahabbah tersebut mendapat sambutan baik dan mesra penduduk di kawasan tersebut di samping terpancar kegemberiaan dari raut wajah mereka yang menerima kunjungan tersebut di musim Aidilfitri ini.