Iskandar Puteri – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Tn. Hj. Ayub Bin Jamil hari ini menerima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya PAS Johor, Ust. Abdullah Husin.

Selain mengeratkan ukhuwah antara PAS Negeri dengan EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kunjungan Hormat juga bertujuan membincangkan isu semasa termasuk perlantikan Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

Turut hadir bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, En Khairulfaizi Bin Ahmad Kamil, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Johor, En. Ahmad Aljohari serta Pen. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Johor, En. Zaini Hussein.