IPOH, 14 JUN – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor sudah disahkan telah menyertai semula Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut beliau, borang untuk menyertai PKR telah dihantar pada awal Ramadan lalu dan sedang diproses. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah mengetahui berkenan penyertaan semula beliau dalam PKR.

Ujar beliau, keputusan tersebut dibuat atas saranan rakan-rakan dan pimpinan PKR sendiri untuk beliau kembali membantu parti tersebut.

“Komitmen saya adalah untuk memadamkan serangan-serangan kecil mengganggu perjalanan PKR dan saya memilih untuk kembali ke Petaling Jaya kerana di situlah bermula sumpah keramat parti iaitu di Taman Medan.

“Saya harap ia akan memberikan kesan kepada teman-teman di Selangor untuk kembali bangkit,” ujar beliau ketika merasmikan Pelancaran Gerakan Reformasi 98 di Tanjung Rambutan semalam.

Dalam pada masa itu, Mohamad Ezam mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar PKR memberi kesan kepada parti.

Menurut beliau lagi, beliau berikrar akan membantu untuk memperkuatkan PKR Selangor.

Jelas beliau, kerajaan Selangor perlu dipertahankan kerana ia merupakan tonggak penting kepada parti.

Mohamad Ezam sebelum ini pernah menyatakan kesediaan untuk kembali menyertai PKR selepas mendapat permintaan daripada ahli akar umbi.