KLUANG, 13 Jun – Satu temu ramah mesra bersama penoreh getah telah diadakan bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali diwakili oleh Setiausaha Akhbar beliau, Ust Hj. Muhd Faudzi di Kg. Rahmat, Kluang, Johor. Sumbangan kepada penoreh getah turut diadakan dalam sesi perjumpaan tersebut.

Sesi temu ramah yang diadakan ini membincangakan isu semasa dan masalah berbangkit berkenaan penghasilan dan penjualan getah semasa. Penoreh getah Kg. Rahmat turut berpeluang mengadu dan meluah berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Segala penat lelah, usaha dan amanah yang ditunaikan oleh para penoreh dan pengusaha getah dalam mengekalkan daya saing dan kemajuan industri getah di negara ini adalah sangat bermakna.

Justeru itu, pihak kerajaan mengambil penekanan yang sangat serius terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penoreh-penoreh getah.

Tidak asing lagi bahawa perindustrian getah di Malaysia merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam meningkatkan ekonomi negara dan rakyat serta penghasilan produk melawan pandemik covid 19.

Sejak April yang lalu, ahli-ahli ekonomi mengunjurkan Malaysia bakal menguasai 65 peratus bahagian pasaran sarung tangan getah dunia tahun ini meningkat tiga peratus daripada 62 peratus.