SEMBRONG, 14 JUN – YDP PAS Kawasan Sembrong, Ust Azlisham Azahar, hari ini menyambut penyerahan sumbangan pelitup muka (face mask) daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Taman Sri Lambak, Kluang.

Sumbangan daripada dana Tabung Covid-19 KPPK tersebut bertujuan membantu setiap KRT dan penduduk bagi mematuhi SOP di kala PKPP ini. Antara lain, ia juga diharap dapat membantu jemaah masjid dan surau tempatan mematuhi garis panduan perlaksanaan solat jemaah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada Rabu lalu.

Penyerahan sumbangan dibuat oleh Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali diwakili Setiausaha Akhbar, Ust Hj. Muhd Faudzi.