BULUH GADING, 13 Jun – YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali diwakili oleh Ust Mohd Kamal Nazmi, Setiausaha Politik Menteri menyerahkan sumbangan kepada wakil pihak PASTI, Ust Mohd bin Ayub, Ketua Pemuda DUN Buluh Gading.

Penyerahan sumbangan berbentuk face mask dan hand sanitizer kepada PASTI Dun Buluh Gading berlangsung di PASTI Al-Huda, Kg. Banggol Peradong.

Ust Harmi Aman Razali, Ust Mohd Jalani, Pengarah Pasti Kawasan Kuala Nerus dan Ust Mohd Hafis Rasat, Pengarah Pasti DUN Buluh Gading, turut hadir sama dalam penyerahan sumbangan tersebut.

Sumbangan tersebut bertujuan membantu kakitangan dan seluruh warga PASTI untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memerangi wabak Covid-19 di samping memelihara kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan juga negara.