Sungai Petani, 15 Jun 2020 – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali hari ini mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Global Testing And Consultancy For Rubber (g-TACR) di Lembaga Getah Malaysia (LGM) Sungai Petani, Kedah.

Antara lain, Kunjungan Rasmi Kerja bertujuan menganalisis tahap perkhidmatan dan pencapaian LGM serta membincangkan hala tuju dan sasaran ekonomi industri getah Malaysia untuk jangka masa singkat dan panjang.

Turut hadir YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi),
YB Tuan Willie anak Mongin
(Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi), YBhg. Tuan Ravi Muthayah (Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi), YBrs. YBrs. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli (Timbalan Ketua Setiausaha Perladangan & Komoditi), Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.

Mengulas lanjut, g-TACR merupakan satu badan yang mengkhususkan perkhidmatan komersil serta pengujian produk getah bagi peserta industri berkenaan. Selain itu, g-TACR juga menyediakan khidmat konsultasi bagi instrumen yang bekaitan dengan getah.

Tambahan lagi, sejak negara dilanda krisis pandemic Covid-19, permintaan getah Malaysia didapati meningkat sehingga kini bagi penghasilan produk melawan Covid-19. Ini jelas membuktikan getah di Malaysia adalah berkualiti tinggi serta mendapat perhatian dunia.