JOHOR, 17 JUN – Portal berita MalaysiaKini dan ADUN PKR Bukit Batu, Jimmy Puah hari ini seolah menyalahkan Tuanku Sultan Johor kerana telah menggagalkan usaha Pakatan Harapan mengambil-alih kerajaan negeri Johor.

Menurut portal berita tersebut telah menyebut Tuanku Sultan Johor mengancam untuk membubarkan DUN johor.

“Sultan Ibrahim mengancam untuk membubarkan DUN Johor.”

Perkataan “mengancam” yang digunakan seolah menunjukkan Tuanku Sultan Johor sewenang-wenang menganggu proses demokrasi. Ia seakan menuduh Tuanku sebagai pemerintah yang zalim iaitu satu tuduhan yang berat dan penuh durhaka.

Tuduhan ini telah menyimpang dari titah asal Tuanku bermaksud setelah kerajaan baru PN terbentuk, jangan lagi ada perebutan kuasa dikalangan wakil rakyat kerana Tuanku bimbang ia akan memberi impak yang buruk ke atas rakyat dan negeri Johor.

Tuanku bukannya kejam tetapi meletakkan kepentingan rakyat dan negeri di hadapan.

“Saya tidak akan boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.”

Kenyataan Tuanku untuk membubarkan DUN bukannya ancaman tetapi tindakan rasional seorang Raja berdaulat yang membela rakyat dan negerinya.

Andaikata benar Puah telah mengeluarkan kenyataan tersebut, jelas beliau telah menuduh Tuanku menganggu proses demokrasi. Ini merupakan satu tuduhan yang biadap dan terang-terang durhaka.

Malaysiakini juga melalui laporan itu jelas cuba menghasut pemikiran rakyat dan memperĀ­lagakan antara orang politik, rakyat dan Istana.