SHAH ALAM, 17 JUN – Perbincangan berkenaan bakal calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) masih belum diputuskan lagi dan akan diumumkan selepas keputusan dibuat.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menghormati pandangan dan cadangan pelbagai berkenaan perkara tersebut.

Bagaimanapun, perbincangan masih lagi dilakukan di antara komponen PH dan rakan-rakan pembangkang.

“Kenyataan rasmi tentunya akan dikeluarkan apabila keputusan muktamad dicapai,” ujar beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi PH di sini malam ini.