Putrajaya – Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK), Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali hari ini menerima Kunjungan Hormat daripada Tan Sri Emeritus Prof. Datuk Dr. Augustine S. H. Ong, Presiden Ahli Sains & Teknologi Minyak Malaysia(MOSTA).

Antara lain, Kunjungan Hormat bertujuan membincangkan pencapaian, isu semasa, serta hala tuju industri sawit negara khusunya dari sudut latihan, kajian dan pemindahan teknologi dalam industri. Hasrat kerajaan, dengan kerjasama dari MOSTA dapat menjana industri sawit negara ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya memberi manfaat kepada negara dan ekonomi rakyat khususnya.

Turut hadir bersama-sama Kunjungan Hormat, Dr. Tunku Alina Alias, Pengarah Batu Kawan Berhad serta delegasi.

Persatuan Saintis dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA) merupakan persatuan saintis yang terkemuka dengan teknologi, kualiti serta perdagangan minyak dan lemak. Dirasmikan pada 7 September 1989 sehingga kini, MOSTA komited mempromosi serta memajukan industri sawit khususnya dalam bidang kajian serta konsultasi latihan kemahiran dan teknologi industri.