27 JUN, KEMAMAN, TERENGGANU- Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memperkenalkan RRIM yang merupakan aplikasi telefon pintar untuk merekodkan urus niaga
getah yang dijalankan oleh pemborong/peruncit yang berlesen dengan agensi berkenaan.

RRIM niaga ini telah dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan
dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali di Dewan
Serbaguna Kg. Ibok, Chukai, Kemaman, Terengganu hari ini.

Pada masa ini, kira-kira 130,000 pekebun kecil yang aktif
menoreh telah memanfaatkan tuntutan Intensif Pengeluaran Getah (IPG) yang diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun 2015 bagi membantu pekebun kecil menangani impak kejatuhan harga getah.

Para penoreh getah boleh memohon IPG dengan mengisi borang secara
manual selepas aktiviti jual/beli getah dan borang tersebut perlu diserahkan ke pejabat LGM, RISDA atau melalui ejen.

Antara kelebihan sistem ini ialah ia berhubung terus secara atas talian dengan sistem IPG apabila berlaku urus niaga getah antara pekebun kecil dengan pembeli. Rentetan itu, pekebun kecil akan mendapat manfaat IPG tanpa melalui proses manual kerana sistem RRIMniaga akan merekod transaksi pembelian dan menjanakan terus resit secara elektronik.

Pemohon yang layak akan memperoleh terus bayaran IPG pemohon yang layak melalui akaun bank yang didaftarkan.

Sistem aplikasi ini telah mula dimanfaatkan di Melaka pada Jun 2018 dan ia kini berkembang ke Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Selangor.

Penggunaan RRIMniaga telah mendapat sambutan amat
memberangsangkan dalam tempoh percubaannya selama hampir 24
bulan.

Selanjutnya, Kementerian

Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah menetapkan penggunaan aplikasi ini diwajibkan mulai 1 Januari 2021 kepada semua pelesen untuk transaksi jual beli getah yang melibatkan sekitar 2,600 peraih di seluruh negara.