KUALA LUMPUR – “Kalau ada kami akan umum (minggu hadapan). Kalau tiada, kami tidak akan sebut apa-apa. Tiada komen lain daripada itu.”

Demikian jawapan dari Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil apabila disoal sama ada Sekretariat Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan bagi memutuskan isu calon Perdana Menteri pada minggu hadapan.

Menurut beliau, PKR dan Sekretariat PH tidak pernah memaklumkan sebarang mesyuarat akan dibuat pada hari ini bagi membincangkan perkara sama.

“Persoalan ada ke tidak mesyuarat PH (bagi membincangkan isu calon Perdana Menteri) PH dibangkitkan oleh wartawan.

“Kita tidak pernah umum hendak adakan sebarang mesyuarat hari ini,” ujar beliau.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan pencalonan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan PH Plus pada minggu lalu.