SEGAMAT, 4 JULAI – Pertubuhan Bukan Kerajaan Pertubuhan Amal Prihatin Malaysia telah menyampaikan bantuan keperluan asas kepada golongan asnaf yang terpilih di Felda Moakil, Segamat, Johor.

Pertubuhan Amal Prihatin Malaysia diwakili oleh Ustaz Haji Muhammad Faudzi, telah pergi melawat ke rumah dan melihat sendiri keadaan golongan asnaf di Felda Moakil.

Turut hadir Ketua Cawangan PAS En Zainal Abidin B. Gani, Ketua Pemuda PAS cawangan Felda Moakil Sdr. Khairul Abbas.