GEMAS, 4 JULAI – Pertubuhan bukan kerajaan Amal Prihatin Malaysia hari telah turun menziarah rumah warga emas, Puan Rahmah binti Harun, berumur 76 tahun yang merupakan peneroka felda generasi kedua di Felda Pasir Besar, Gemas N9.

Lawatan tersebut juga bertujuan untuk mengerakkan bantuan dana bagi pembinaan semula rumahnya yang sudah reput dan roboh dibeberapa bahagian.

Pertubuhan Amal Prihatin Malaysia diwakili oleh Ustaz Haji Muhammad Faudzi, telah pergi melawat ke rumah Puan Rahmah dan melihat sendiri keadaan rumah beliau.

Turut hadir Haji Md Zin Bin Talib
Setiausaha, Badan Perhubungan PAS, Negeri Sembilan dan Puan Suhana binti Shamsuddin, AJK Muslimat Kawasan Tampin cawangan Pasir Besar juga Ketua Halwa PAS Kawasan Tampin.