TANJUNG GADING, 6 JULAI – Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin menziarahi rumah keluarga Allahyarham Tuan Hj. Abu Bakar Thambi yang telah meninggal pada 05 Julai 2020 semalam dan Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan di Tanjung Gading.

Allahyarham Haji Abu Bakar bin Thambi meninggal dunia pada usia 77 tahun. Beliau merupakan AJK As-Sabiqun PAS Kawasan Ledang dan pernah menjadi calon PAS bagi Dun Serom pada PRU ke 11 semasa tahun 2004.

Beliau juga merupakan antara veteran dalam PAS dan pejuang awal di negeri Johor. Beliau telah banyak berbakti kepada rakyat setempat dan negeri Johor, semoga Allah SWT merahmati arwah.