KUALA LUMPUR, 7 JULAI – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) buat pertama kali telah berjaya menganjurkan Seminar Pemindahan Teknologi ini dalam bentuk webinar. Seminar ini merupakan satu acara tahunan yang dihadiri oleh semua pemegang taruh dalam industri sawit. Penganjuran webinar seperti ini adalah antara norma baharu yang semakin meluas penggunaannya bagi menghebahkan maklumat secara dalam talian.

Timbalan Menteri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Willie Mongin berkata, MPOB buat pertama kali mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar Pemindahan Teknologi ini dalam bentuk webinar. Seminar ini merupakan satu acara tahunan yang dihadiri oleh semua pemegang taruh dalam industri sawit yang merangkumi dari sektor huluan hingga ke sektor hiliran, usahawan-usahawan, para saintis dan penyelidik, ahli-ahli akademik, ahli-ahli korporat dan juga golongan kakitangan sektor awam.

“Penganjuran webinar seperti ini adalah antara norma baharu yang semakin meluas penggunaannya bagi menghebahkan maklumat secara dalam talian. Memandangkan negara kini masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah penting bagi memastikan usaha kerajaan dalam menghapuskan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya.,” ujar beliau sewaktu merasmikan Webinar Seminar Pemindahan Teknologi MPOB 2020 di ibu pejabat MPOB, hari ini.