Kuala Lumpur, 21 Julai – Semua wakil parti politik sebulat suara telah bersetuju untuk memastikan tidak lagi mengunakan perkataan berbaur hasutan, rasis, biadab dan seksis di dalam Dewan Rakyat, kata Datuk Azhar Azizan Harun.

Speaker Dewan Rakyat berkata, beliau dan timbalan-timbalan Dewan Rakyat akan mengambil tindakan terhadap mana-mana wakil parti politik berlandaskan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekiranya perkataan berkenaan masih kedengaran selepas ini.

(kemaskini)