Kuala Lumpur, 22 Julai – Berdasarkan data dan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Negara India merupakan pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit negara pada tahun 2019 dengan kuantiti sebanyak 4.46 juta tan dengan nilai sebanyak RM9.78 billion. 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, antara langkah yang sedang diambil bagi meningkatkan pasaran eksport  minyak sawit negara adalah memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara India dan China serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di benua Afrika dan Asia Tengah.

Beliau berkata, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dipertingkatkan dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi

“Meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau.

“Perlaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang telah dijadikan mandatori bermula 1 Januari 2020 sebagai langkah menjenamakan minyak sawit Malaysia yang mampan dan berkualiti. Pensijilan MSPO dijangka akan  membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit mampan di negara-negara pengimport. Buat masa ini, pensijilan MSPO telah diterima oleh Negara Jepun bagi Sukan Olimpik 2020,” ujar beliau ketika menjawab soalan dari Adun Ledang di Persidang Parlimen, hari ini.

Menurut beliau lagi, pengecualian duti eksport duti eksport minyak sawit mentah (CPO), minyak isirong sawit mentah (CPKO) dan minyak isirong sawit diproses (RBDPKO) sehingga 31 Disember 2020.