Kuala Lumpur, 22 Julai – Kementerian Perusahaan Perladangan Komiditi (KPPK) telah membuat keputusan untuk menjenama semula ‘Sayangi Sawit Ku’ dengan nama baru, iaitu kempen ‘Sawit Anugerah Tuhan’.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, nama baru yang diumumkan itu adalah jauh “lebih baik” berbanding nama sebelum ini.

Kempen ‘Sayangi Sawitku’ dilancarkan Januari tahun lalu oleh Bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok bagi memerangi kempen anti-sawit dari negara-negara luar.