KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini telah memutuskan Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah terhadap semua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan penghakiman itu, sebentar tadi.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan semua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC dihadapi tertuduh.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” ujar beliau.