KUALA LUMPUR ā€“ Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah mengumumkan pembubaran DUN Sabah pada hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apda telah mengumumkan pembubaran tersebut dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, pembubaran DUN berkenaan telah pun diperakukan oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin.

Dengan pengumuman itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat persediaan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Mohd Shafie mengingatkan rakyat di negeri berkenaan agar bertenang dengan keputusan yang telah dibuat itu.

Ujar beliau, meskipun DUN telah terbabur namun beliau masih lagi menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga pengumuman pemilihan kerajaan baharu diumumkan oleh SPR.