KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK), Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali pada hari ini menghadiri sesi ramah mesra dan perkongsian idea bersama YBrs Tuan Mohd Kheiruddin Mohd Rani, Ketua Pengarah MTIB dan pegawai MTIB.

Selain membincangkan berkenaan pencapian serta halatuju industri buluh negara, turut diadakan perkongsian idea antara pihak YBM dengan pemain industri dari peringkat huluan dan hiliran bagi membina dan memperkukuhkan koloborasi antara pemain industri supaya menjadi suatu kitaran sistem yang lengkap.

Kementerian menyokong setiap lapisan perusahaan demi memajukan industri buluh bermula dari peringkat penubuhan ladang hinggalah kepada penyediaan pelbagai produk berasaskan buluh.

KPPK turut menyarankan setiap pemain industri tidak perlu rasa terancam dengan persaingan kerana pasaran sedia ada sangat luas tambahan lagi dengan program-program pembangunan industri buluh dalam Rancangan Malaysia Kedua belas (RMKe-12)

Sesi perjumpaan antara KPPK dan MTIB tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia.