KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng malam ini.

Menurut SPRM, satu kenyataan akan dikeluarkan mengenai penahanan Setiausaha Agung DAP itu dalam masa terdekat.null

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dijangka didakwa esok berhubung skandal terowongbawah laut di Pulau Pinang.

Sebelum itu, Guan Eng dilihat hadir ke Ibupejabat SPRM Putrajaya pukul 9 malam ini.- MalaysiaGazette