PAGOH, 9OGOS 2020 – Setelah mengalami kejatuhan ekonomi yang mendadak pada suku pertama 2020 berikutan penguatkuasaan perintah berkurung oleh banyak negara di seluruh dunia khususnya di negara inj, industri minyak sawit kini bersedia kembali pesat mulai suku kedua dan seterusnya.

Usaha kerajaan yang sentiasa komited dalam membangunkan industri
sawit sebagai tonggak komoditi negara telah berjaya melonjakkan prestasi sektor itu dengan kenaikan harga produk dan eksport sawit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin, peningkatan harga komoditi dan prestasi eksport minyak sawit sebanyak 6 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 telah
menyumbang nilai eksport sebanyak RM22.57 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Selanjutnya, beliau dalam ucapannya menyatakan harga minyak sawit semasa yang berada pada paras RM2,800 satu tan dapat membantu penanam sawit dan pekebun kecil memperoleh hasil pendapatan yang lebih tinggi.

“Pencapaian ini adalah hasil perancangan kerajaan yang disokong dengan penglibatan pihak industri yang menggembleng usaha berterusan walaupun kita masih berada dalam cabaran menangani penularan wabak Covid-19,” kata beliau lagi semasa berucap melancarkan Program Jom MSPO di sini.

Menurut beliau lagi, terdapat pelbagai bantuan yang diperuntukkan oleh Kementerian melalui MPOB kepada pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan industri sawit. Antaranya adalah Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe), Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecik Sawit (IPPKS). Di samping itu, dana bantuan baharu iaitu Program Tanaman Kontan B40 Pekebun Kecil Sawit (TKB40) juga sudah diumumkan.

Beliau berharap dengan adanya penambahbaikan insentif dan usaha
ini dapat meningkatkan pengeluaran hasil dan seterusnya pendapatan pekebun-pekebin kecil dalam perindustrian sawit.