KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana disyaki melindungi premis perniagaan tanpa lesen.

Penguat kuasa yang berusia antara 41 hingga 49 tahun disyaki menerima rasuah secara bulanan.

Suspek ditahan dalam satu operasi khas SPRM ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, jam 9 pagi tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.