Sayap pemuda DAP bahagian Kuching, DAPSY menampal pelekat tulisan cina pada papan tanda jalan milik pihak berkuasa tempatan di tiga jalan iaitu di Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang Street dan Jalan Greenhill.

Tindakan mereka itu  mendapat kecaman warganet di laman facebook DAP Kuching yang menaikkan hantaran tersebut yang rata-ratanya  menyifatkan tindakan pemuda DAP Kuching itu  sebagai vandalisme dan tidak berpatutan.

Menurut laman facebook DAP Sarawak itu, pelekat tulisan cina itu diletakkan kerana “atas beberapa sebab ia  telah dibuang oleh majlis perbandaran”.

Sarawak akan berdepan dengan pilhanraya kecil negeri pada bila-bila masa. Tindakan pemuda DAP ini dilihat pengkritik sebagai usaha parti politik tersebut untuk mengekal dan menambahkan sokongan di kalangan pengundi berbangsa Cina.