KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memohon
kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan yang berlaku berhubung isu perlanggaran perintah kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Turki.

”Sebagai menteri, saya bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan SOP (prosedur operasi standard) sepanjang tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan),’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab itu, beliau akan memulangkan semua gajinya sebagai menteri sepanjang Mei hingga Ogos sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gaji Mac dan April lalu juga telah disumbangkan sebelum ini ke tabung tersebut sebagaimana keputusan Kabinet sebelum ini.

Saya juga akan terus bekerja keras dan melipatgandakan lagi segala usaha dan tenaga saya untuk melaksanakan tugasan amanah sebagai Menteri bagi memastikan semua rakyat yang terlibat di bidang perladangan dan komoditi, khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40 sentiasa mendapat manfaat dan terbela kebajikan mereka,” tambahnya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa jam Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa beliau dikompaun sebanyak RM1,000.

Khairuddin dikatakan telah pulang dari Turki pada 7 Ogos lalu.

KKM berkata, Khairuddin dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawahPeraturan-PeraturanPencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta342)