BANGI, 1 Sept  — Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yakin harga minyak sawit mentah (MSM) akan terus meningkat daripada RM2,800 satu tan pada masa ini walaupun dalam persekitaran menghadapi pandemik COVID-19.

Pengerusi MPOB, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ini berikutan permintaan berterusan yang diterima daripada negara-negara pengimport termasuk India.

Menurut beliau, India kembali mengimport semula MSM dari negara ini. Rentetan dari itu, beliau percaya produk minyak sawit tempatan akan terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Justeru, Kerajaan memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan hubungan diplomatik yang baik serta kelangsungan eksport negara.

Hasil laporan berita India mendapati kira-kira 4.4 juta tan minyak sawit Malaysia daripada lebih sembilan juta tan jumlah keseluruhan import komoditi itu pada 2019.

Selain itu, turut diadakan pada majlis yang sama iaitu penyerahan produk vitamin E Tokotrienol sebagai makanan tambahan untuk kalangan kakitangan dan warga pesara MPOB dengan harga diskaun bagi manfaat khasiat pemakanan serta kesihatan.

Datuk Ahmad Jazlan berkata vitamin E dalam minyak sawit mengandungi hampir 70 tokotrienol dan 30 peratus tokoferol yang ideal dari segi struktur kimia untuk kesihatan manusia.

Sime Darby Plantation Sdn Bhd telah mengeluarkan secara komersial produk Vitamin E yang dibangunkan hasil teknologi MPOB menerusi jenama Natrio TRI.E Tocotrienols manakala Sarawak Oil Plan Bhd menggunakan jenama T3 Super Vitamin Concentrates dan Ia juga boleh didapati menerusi produk Davos Life E3 Complete keluaran KLK Oleo dan Tocovid SupraBio keluaran oleh Hovid.

Walaubagaimanapun, berikutan penularan pandemik COVID-19 di negara ini menyebabkan usaha untuk meluaskan pasaran mengenai produk tokotrienol terpaksa diperlahankan seperti aktiviti-aktiviti promosi ke luar negara terutamanya Eropah, China dan Amerika Syarikat apabila sempadan dibuka semula.

BERITA BERKAITAN

Kelulusan RUU COVID-19, had statutori hutang sokong usaha kerajaan tangani impak pandemik

Eksport naik 3.1 peratus, lebihan dagangan meningkat 57.5 peratus pada Julai 2020 – MITI

MENARIK

Kerajaan baharu Tunisia dapat kepercayaan Parlimen

Persidangan Dewan Negara berlangsung dalam suasana normal baharu

Projek jalan Sungai Katibas menguntungkan penduduk – Nantahttps://s7.addthis.com/static/sh.f48a1a04fe8dbf021b4cda1d.html#rand=0.10621977258060555&iit=1599026761309&tmr=load%3D1599026761170%26core%3D1599026761204%26main%3D1599026761295%26ifr%3D1599026761320&cb=0&cdn=0&md=0&kw=minyak%20sawit%2CMPOB%2Ceksport%2CIndia%2Ctokotrienol%2Cpromosi&ab=-&dh=www.bernama.com&dr=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&du=https%3A%2F%2Fwww.bernama.com%2Fbm%2Fekonomi%2Fnews.php%3Fid%3D1875430&href=https%3A%2F%2Fwww.bernama.com%2Fbm%2Fekonomi%2Fnews.php&dt=MPOB%20yakin%20harga%20MSM%20meningkat%20daripada%20RM2%2C800%20satu%20tan&dbg=0&cap=tc%3D0%26ab%3D0&inst=1&jsl=1&prod=undefined&lng=en&ogt=site_name%2Cdescription%2Cimage%2Ctitle%2Curl%2Ctype%3Darticle&pc=men&pub=ra-530ef6e6337df2f1&ssl=1&sid=5f4f3649adbda904&srf=0.01&ver=300&xck=0&xtr=0&og=type%3Darticle%26url%3Dhttps%253A%252F%252Fwww.bernama.com%252Fbm%252Fekonomi%252Fnews.php%253Fid%253D1875430%26title%3DMPOB%2520yakin%2520harga%2520MSM%2520meningkat%2520daripada%2520RM2%252C800%2520satu%2520tan%26image%3Dhttps%253A%252F%252Fwww.bernama.com%252Fstorage%252Fphotos%252F75ee94ff996bb2037c874eb30921adf25f4deecdc8e99%26description%3DPertubuhan%2520Berita%2520Nasional%2520Malaysia%252C%2520berita%252Cam%252Cekonomi%252C%26site_name%3DBERNAMA&csi=undefined&rev=v8.28.7-wp&ct=1&xld=1&xd=1

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com