Selama dua dekad ini, industri hiliran getah negara telah dipandu oleh Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), yang menyaksikan sektor ini berkembang ke tahap di mana produk getah negara kini dieksport ke 195 negara dan menghasilkan RM23.3 bilion perolehan eksport.

Transformasi ini sekarang dipimpin oleh apa yang kini dikenali sebagai Majlis Getah Malaysia (MRC) dan ia bukan hanya perubahan nama semata-mata kerana ia mencerminkan pengembangan peranannya selama ini.

Namun, dengan keadaan getah sekarang yang harus bersaing dalam lingkungan yang lebih dinamik dan kompetitif, ada keperluan untuk membawa komoditi getah menjadi industri bernilai tinggi yang seiring dengan kemajuan teknologi dan keperluan pasaran.

Hala tuju baru MRC dengan mandat yang lebih luas yang bertepatan dengan ulang tahun ke-20 yang diumumkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali baru baru ini.