Dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, tiada istilah rehat mahupun cuti.

Bertugas dalam erti kata lain adalah amanah Allah SWT. Tugas kepada agama, bangsa, rakyat dan negara. Setiap gerak kerja adalah satu perancangan dan penelitian dalam perjalanan mencapai misi dan visi yang ditetapkan.

Menteri-menteri tidak kira dari PAS, BN mahupun mana-mana parti politik seharusnya diberikan seluas-luasnya peluang dan ruang bagi memberi manfaat kepada rakyat. Apakah perlu seorang menteri direhatkan atau disuruh bercuti? Rakyat mengharap kepada mereka.

Apabila menteri melakukan kesalahan dan dibuktikan bersalah, maka undang-undang akan memainkan peranannya. Kita tunggulah dan lihatlah. Yang benar pasti akan terbongkar.

Teruskan bertugas dan berkhidmat kepada rakyat. Rakyat tetap bersama mereka yang ikhlas bertugas dan bekerja.