Darurat?…….
Apabila Keadaan Yg Susah,
Datang Dengan Tidak Disangka-sangka,
Apabila Kerajaan Yang Juga Mengetuai Negara,
Tetap Terfikir Berkali-Kali Sebelum Berkata,
Tetap Inginkan, Rakyat Menongkah Bahagia
Bukan Menambah Parah Derita,
Apakah Darurat Perlu Ada Atau Tiada.

Raja-Raja Melayu……
Berkumpul, Persidangan Khas Antara Mereka,
Langsung Luahkan Titah Bicara,
Keputusan Diambil Biar Bersama,
Darurat Belum Lagi Masa Dan Tika,
Agar Aman Sentosa Sekalian Rakyatnya,
Para Ahli Politik, Jangn Terus Dilanda Sengketa.

Di Minda Rakyat…….
Biar Seketika Rehat Politik (Politiking),
Dari Terus Cakar Titik Ke Titik,
Dari Terus Buntu,Biar Bantu Membantu.

Daulat Tuanku!

PAK ENAL MAOKIL,
Nukilan Puisi Dari Hutan.