Usah Kita Kata,
Orang Yang Sedang Berdiri Walau Tak Tegap,
Sudah Jatuh.

Atau Apakah Yang Mengata Sedemikian Itu,
Matanya Sudah Juling.
Atau Apakah Remuk Hatinya Melenting-Lenting,
Hingga Tak Dapat Nak Berfikir,
Manakah Yang Lebih Penting.

Tak Mengapa…..
Sebab Kekadang Terjumpa Juga,
Ada Yang Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.
Tapi Tidaklah Segalanya Dengan Sengaja.

Tapi Lebih Malang…….
Bertahun-Tahun Diulang Episod
Mendaki Cita-Cita,Itu  Juga Yang Nak Di Rebut,
Walau Dah Macam, Dipandang Serabut,
Tanpa Peduli Apa Orang Nak Sebut.

Cuma Bimbang……..
Kalau Sendiri Yang Jatuh
‘Jatuhnya Bagai Nangka Busuk’.
Haaaa Terkejut Beruk.

PAK ENAL MAOKIL,
27 Oktober 2020