YDPA Al Sultan Abdullah bertitah agar Belanjawan 2021 mendapat sokongan padu oleh semua Ahli Parlimen demi keutamaan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.

Ahli-ahli Dewan Rakyat diingatkan berhentikan segera perbalahan politik yang merugikan negara dan rakyat ketika negara sedang bergelut dengan COVID-19.

YDPA menzahirkan keyakinan penuh terhadap kemampuan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri menerajui kepimpinan negara ketika ini.