Baru-baru ini isu hangat yang diperkatakan oleh rakyat Malaysia adalah berkenaan pengeluaran wang daripada akaun 1 KWSP. Hal ini disebabkan ramai daripada pencarum khususnya daripada golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan berikutan pandemik Covid-19. Sebelum ini, KWSP telah melancarkan i-Lestari yang membolehkan pencarum membuat permohonan bagi pengeluaran simpanan daripada akaun 2.

CARUMAN 70:30

Sebelum itu, anda perlu tahu, setiap bulan caruman yang anda dapat dibahagikan kepada nisbah 70:30 yang mana 70% akan disalurkan ke Akaun 1 dan baki 30% dibahagikan kepada Akaun 2.
Mengikut kadar caruman semasa 23% diambil daripada gaji pekerja, yang mana 11% adalah caruman pekerja yang diambil menerusi potongan gaji bulanan dan 12% adalah caruman daripada majikan.

Akaun 1 – 70% adalah caruman bulanan daripada majikan
Akaun 2 – 30% adalah caruman bulanan daripada pekerja

AKAUN 1

Akaun 1 bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum usia mencecah 55 tahun.
Akaun 1 disarankan untuk diletakkan penama bagi memudahkan waris untuk membuat tuntutan.
Akaun 1 dibenarkan untuk melabur sebahagian daripadanya.

AKAUN 2

Akaun 2 KWSP berperanan sebagai simpanan persediaan persaraan. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:
• mencecah usia 50 tahun
• membayar pendahuluan pembelian rumah pertama
• menyelesaikan baki pinjaman perumahan – rumah pertama
• pembiayaan pendidikan peribadi
• menampung kos perubatan
• menunaikan haji