Kuala Lumpur – Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan Oktober 2020 mulai 1 hingga 30 Nov, 2020, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam kenyataan LGM hari ini berkata IPG bagi bulan Oktober 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 10 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 40 sen dan 35 sen sekilogram. Pada bulan Oktober 2020, harga purata peringkat ladang bagi sekilogram ‘cuplump’ adalah RM2.40 untuk Semenanjung, RM2.10 Sabah dan RM2.15 Sarawak.

Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.