Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen 6 pada November ini, mungkin jauh berbeza berbanding tahun sebelum ini mengambil kira impak kehadiran pandemik COVID-19.

Krisis pandemik yang bukan sekadar mengorbankan nyawa, tetapi turut menjejaskan struktur ekonomi itu semestinya mengundang cabaran cukup besar bagi kerajaan untuk tampil dengan belanjawan yang benar-benar bersifat inklusif.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini menyatakan empat teras utama akan menjadi paksi kepada Belanjawan 2021 termasuk sokongan bersasar kepada golongan mudah terjejas akibat pandemik COVID-19.

Selain menyokong industri melalui insentif, tumpuan juga pastinya kepada usaha menyelamatkan nyawa dan dalam masa sama mengekalkan mata pencarian rakyat.

Oleh itu, Belanjawan 2021 amat penting kerana beberapa faktot berikut. Antaranya;

  1. Ini adalah belanjawan pertama Kerajaan Perikatan Nasional sejak menerajui kepimpinan negara.
  2. Untuk mengetahui pelan kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat yang kian terkesan akibat daripada pandemik COVID-19.
  3. Kaedah Kerajaan Perikatan Nasional bagi mengurangkan jurang antara kaya dengan miskin di negara.
  4. Polisi yang lebih membantu negeri yang sedikit ketinggalan dalam menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.
  5. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat daripada kemelesetan ekonomi.
  6. Langkah dan kaedah Kerajaan dalam membangunkan semula sektor ekonomi yang terjejas teruk akibat COVID-19.
  7. Bagi mengetahui pelan jangka masa panjang dan pendek kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat dipelihara.
  8. Sektor yang menjadi tumpuan utama Kerajaan dalam memulih kembali ekonomi negara.
  9. Jaminan Kerajaan dalam memulih dan mengawal penularan jangkitan wabak COVID-19.
  10. Menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negara.
  11. Bagaimana kita sebagai warga Malaysia dapat hidup lebih bahagia dengan Belanjawan 2021 ini? Adakah ini semua akan terjawab dalam Belanjawan 2021? Jom sama-sama kita ikuti pembentangan Belanjawan 2021.