Ampang, 8 Nov – Sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini.

Dua dilaporkan maut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku pada pukul 11 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha telah mengesahkan kejadian tersebut.