SHAH ALAM, 9 Nov – Barisan Nasional (BN) akan terus menggesa kerajaan supaya melanjutkan moratorium pinjaman sehingga berjaya, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak

Beliau mempersoalkan mengapa moratorium pinjaman pukal tidak dilanjutkan sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dilanjutkan.

“Sebab apa PKPB boleh dilanjutkan berkali-kali tapi moratorium pinjaman automatik tidak boleh dilanjutkan secara pukal sekali – terutamanya untuk peminjam M40 sedangkan bank-masih catat keuntungan.

“Kerajaan kena fikir perkara ini. BN akan terus lawan (tuntut) sampai dapat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.