Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB ) telah berkuat kuasa bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020 selama 4 minggu bagi seluruh negeri di Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

Semua Institut Pengajian Tinggi akan ditutup sepanjang PKPB dan sekolah-sekolah juga telah ditutup sehingga Januari 2021.

Sepanjang PKPB, aktiviti rentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu hadir untuk bekerja di pejabat perlu menunjukan surat arahan daripada pihak pengurusan.

Soalan Berkenaan PKPB

Bolehkah saya keluar rumah?

Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah. Ini hanya dibolehkan untuk urusan kerja, kecemasan dan perkara penting seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah.

Sejauh mana saya boleh bergerak?

Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan.

Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah – iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabah Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.

Bolehkah saya pergi bekerja?

Sebilangan besar perniagaan masih beroperasi seperti biasa. Hanya beberapa sektor akan ditutup, seperti institusi pendidikan dan pusat hiburan.

Bolehkah saya pergi bekerja sekiranya pejabat saya di daerah lain?

Pengecualian dibuat untuk individu yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja, dengan syarat mereka menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan mereka di sekatan jalan raya.

Bolehkah saya menghantar anak-anak saya ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?

Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.

Bolehkah saya berkaraoke di pusat karaoke?

Tidak, premis hiburan tidak dibenarkan dibuka.

Saya mempunyai majlis perkahwinan untuk dihadiri, adakah ia dibenarkan?

Tidak, majlis perkahwinan tidak dibenarkan.

Bagaimana jika saya enggan?

Ia melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Lebih buruk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Penjawat awam tidak hanya terhad kepada polis dan merangkumi penjawat awam pelbagai agensi kerajaan termasuk pegawai majlis perbandaran.